Thursday, April 8, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

 Rujukan: Normaliza Abd Rahim(2019). Kajian dalam Wacana dan strategi Komunikasi:Teori dan aplikasi.Penerbit UMT, Kuala Nerus.

Cerita Sosial 2: Saya yang istimewa


Cerita sosial 2 iaitu “saya yang istimewa” mengisahkan tentang keluarga Alim yang mengamalkan amalan berkongsi barang atau makanan adalah satu perbuatan yang baik. Cerita ini bermula pada hari ahad yang lalu, apabila bapa Alim membeli banyak buah-buahan yang dari pasar tani. Bapa Alim tahu bahawa anak-anaknya gemar akan buah-buahan lalu bapa alim pun membeli banyak buah-buahan untuk mereka. Buah-buahan tersebut terdiri daripada buah rambutan, buah durian, buah langsat, buah manggis dan buah duku. Setibanya di rumah, bapa alim menyuruh anak sulungnya iaitu Abang Imran untuk memanggil adik-beradiknya yang lain untuk menikmati buah-buahan yang telah dibeli oleh ayahnya itu.

            Mereka sangat teruja dan gembira melihat buah-buahan yang pelbagai di hadapan mereka. Mereka pun makan bersama-sama dan Aisyah iaitu adik alim gemar akan buah manggis. Sebelum makan, ibu berpesan untuk membuang kulit buah-buahan ke dalam tong sampah yang ibu sediakan agar rumah tidak bersepah. Kemudian, Alim meminta izin kepada ibunya untuk memberi sedikit buah-buahan itu kepada Sulaiman, iaitu kawan kepada Alim dan jiran mereka. Ibu pun membungkus sedikit buah-buahan ke dalam plastik bewarna merah. Ibu Alim memuji sikap Alim yang baik dan suka berkongsi.

            Alim pun pergi ke rumah Sulaiman yang bersebelahan dengan mereka untuk memberi buah-buahan tersebut. Kelihatan Sulaiaman sedang menyiram pokok bunga di halaman rumah. Sulaiman tersenyum menerima buah tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Alim berasa sangat puas dan dia tahu sifat berkongsi itu baik. Alim pun tahu abang Imran, Madinah dan Aisyah akan berkongsi barang atau makanan dengannya. Setelah mereka selesai makan, Alim membantu keluarganya mngemas rumah. Ketika dia membawa sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah, dia terserempak dengan Mak Cik Timah iaitu Ibu kepada Sulaiman. Mak cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana memberikan buah-buahan itu tadi.         

            Alim membalas ucapan tersebut dan berkata bahawa, ibunya berpesanbahawa berkongsi itu merupakan amalan yang baik dan ibunya juga berpesan bahawa Sulaiman dan keluarga adalah orang yang baik-baik. Alim juga berkata bahawa kita perlu bersikap baik kepada jiran. Mak cik Salmah hanya menganggukkan kepala dan membalas Alim dengan jawapan bahawa perkara itu betul dan memberitahu bahawa Alim seorang anak yang baik. Mak cik Timah sangat gembira kerana Alim baik dengan Sulaiman dan sudi berteman dengan Sulaiman. Namun begitu, Mak cik Timah kelihatan sedih dan memandang anaknya Sulaiman yang sedang membasuh basikalnya di hadapan rumah. Hal itu disedari oleh Alim dan bertanya kepada Mak cik Timah, namun Mak cik Timah hanya berkata bahawa dia gembira kerana Sulaiman mempunyai sahabat yang baik seperti Alim. Alim sangat suka kepada Sulaiman kerana Sulaiman orang yang baik. Sebelum masuk ke dalam rumah, Alim melambaikan tangannya kepada Mak cik Timah. Mak cik Timah memandang kea rah alim yang berjalan masuk ke dalam rumah dan beliau mendoakan kesihatan Alim dan keluarga. 

                     Kehadiran                                  

                                            


No comments:

Post a Comment

Place

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan senarai tugasan yang dilaksanakan sepanjang 14 minggu. 1. BIADOTA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4....