Thursday, April 22, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 5- DILEMA PENGEMBARA



Kredit: Dewan Bahasa dan Pustaka
Rujukan: https://youtu.be/bQCPNh8Es1o 


Perkongsian yang diberikan oleh Dr. Siti Aliaa Roslan sangat menarik. Beliau berkongsi tentang pengalaman beliau menjadi seorang pengembara. Pada pendapat beliau, pengembara bukan sekadar di luar negara, tetapi pengembara ialah seseorang yang keluar dari tempat asal ataupun zon selesa. Tempat baharu ialah tempat yang asing dan kita merasa tidak selesa dengan cara berkomunikasi. Hal ini dikatakan demikian kerana, lain tempat lain dialeknya dan lain bahasanya. Oleh itu, sebelum mengembara ke tempat lain, kita perlu mencari maklumat tentang tempat baru tersebut. Sebagai contoh, bahasa yang digunakan agar mudah berkomunikasi. Pada pendapat beliau lagi, beliau dan keluarga sering ke Pulau Pinang dan beliau tidak pernah bosan kerana sentiasa ada benda baharu yang kita akan peroleh setiap kali mengembara ke tempat biasa atau baharu. Namun begitu, terdapat kekangan yang dihadapi iaitu dari segi dialek setiap bahasa termasuk bahasa inggeris. Namun begitu, perkara ini dapat diatasi dengan sikap "jangan malu bertanya" agar mudah berkomunikasi dengan orang lain. Bak kata pepatah< "malu bertanya sesat jalan".

No comments:

Post a Comment

Place

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan senarai tugasan yang dilaksanakan sepanjang 14 minggu. 1. BIADOTA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4....