Assalammualaikum semua, hari ini MissDee nak berkongsi satu video yang dihasilkan oleh MissDee dan ahli kumpulan MissDee. Video ini dihasilkan bagi memenuhi tugasan BBM3410 yang diberikan oleh Prof. Dr. Normaliza. MissDee berharap video ini dapat menarik perhatian anda semua untuk menonton.
Link: https://youtu.be/arbOE195iuU
Tugasan ini berkaitan dengan 20 simpulan bahasa yang telah dipilih oleh kami iaitu simpulan bahasa:-
1. Rambang mata (sukar untuk membuat pilihan)
2. Mata air (kekasih)
3. Ada angin (tingkah laku yang berubah-ubah)
4,. Ada bakat (mempunyai kebolehan)
5. Ada hati (mempunyai keinginan)
6. Ada jalan (Mempunyai jalan penyelesaian)
7. Ada sengat ( Mempunyai kuasa)
8. Air bujang (hidangan minuman tanpa kuih-muih)
9. Air muka (wajah seseorang)
10. Mandi peluh (bekerja keras)
11. Makan angin (bercuti)
12. Alas perut ( Makan sedikit untuk menahan lapar)
13. Makan hati ( merasa tersinggung)
14. Alim kucing ( berpura-pura baik)
15. Ambil angin ( bersiar-siar)
16. Ambil berat (prihatin)
17. Ambil hati (Perlakuan yang dibuat untuk menarik perhatian orang yang disukai/tersinggung)
18. Anak angkat (Anak orang lain yang dijaga seperti anak sendiri)
19. Makan suap (rasuah)
20. Buta tuli (berbuat sesuatu tanpa berfikir)
No comments:
Post a Comment