Pendekatan Analisis Wacana (Normaliza Abd Rahim, 2018b) |
||||
PRA-ANDAIAN 1.
Intuisi 2.
Konteks ·
Penerimaan/ Penafian ·
Keperluan ·
Perujukan ·
Anafora ·
Pengulangan ·
Kekaburan ·
Penegasan |
EMOSI 1. Positif 2. Negatif 3. Emosi Bercampur ·
Perangai ·
Personaliti ·
mood ·
motivasi |
NILAI
DAN BUDAYA 1. Diri 2.
Masyarakat 3. Adat ·
Jujur, iklas, baik hati, kasih sayang,
kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan ·
Berdikari, hemah, tinggi, keberanian,
kebersihan fizikal dan mental, kesantunan ·
Hormat menghormati, kerjasama, semangat
bermasyarakat ·
Keadilan, kebebasan, rasional |
BAHASA 1. Bahasa pertama/ kedua/ketiga 2.Formal/tidak formal 3. Kesalahan bahasa 4. Linguistik |
INFERENS 1.
Rumusan keseluruhan 2.
Rumusan topik perbincangan 3.
Penutup kata |
PRA-ANDAIAN
Pra-andaian ialah suatu perkara yang
diamalkan dahulu sebelum permulaan garis hujah atau tindakan. Pra-andaian
melibatkan dua aspek iaitu intuisi dan konteks. Intuisi bermaksud daya atau
kebolehan memahami sesuatu tanpa berfikir atau membuat pertimbangan secara
sedar, gerak hati. Konteks pula melibatkan penerimaan atau penafian, keperluan,
perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.
EMOSI
Emosi adalah perasaan kuat yang ditunjukkan
oleh seseorang ketika gembira, sedih ataupun marah. Emosi melibatkan emosi yang
positif dan emosi yang negatif juga emosi yang bercampur. Emosi dapat dilihat
dari segi perangai, personaliti, mood dan motivasi.
NILAI DAN BUDAYA
Nilai merupakan satu prinsip atau garis
panduan yang menyediakan anggota masyarakat untuk menjalani adat kehidupan.
Budaya pula merupakan tingkah laku sosial dan norma yang terdapat dalam
masyarakat manusia. Sebagai contoh, nilai jujur, ikhlas, baik hati, berdikari,
kesantunan, hormat-menghormati, kerjasama dan keadilan.
BAHASA
Bahasa yang dianalisis memfokuskan kepada
bahasa pertama/kedua/ketiga. Bahasa dikategorikan dalam dua bahagian iaitu
bahasa formal dan bahasa tidak formal. Dalam bahasa juga dikesan untuk
menjadikan sebuah bahasa yang lengkap dan memenuhi aspek tatabahasa yang betul.
Selain itu, linguistik juga penting dalam bahasa untuk dianalisis.
INFERENS
Inferens melibatkan aspek rumusan
keseluruhan, rumusan topik dan perbincangan dan penutup kata. Hal ini penting
untuk menjadikan sebuah ujaran, interaksi, teks dan tulisan lengkap dan jelas.
Kehadiran
No comments:
Post a Comment