Thursday, April 1, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2-NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK

 ELEMEN ASAS GRAFIK


ELEMEN ASAS GRAFIK

1. MUDAH

Elemen mudah didefinisikan sebagai sebuah elemen yang dapat dikenal pasti apabila kita dengan mudah mentafsir dan memahami gambar atau video yang dilihat. Apabila kita melihat sesuatu gambar atau video kita dengan mudah dapat mengenal pasti maksud dan mesej yang ingin disampaikan dalam gambar.

2. WARNA

Elemen warna ialah kombinasi warna ataupun satu warna dalam sesuatu gambaran dalam bentuk foto atau video. Sesebuah grafik sewajarnya menggunakan tiga warna sahaja. Namun begitu, kebanyakkan gambar yang menggunakan lebh dari tiga warna boleh didapati dalam kebanyakkan gambar dan video. Objektif atau mesej mempengaruhi warna yang ingin digunakan.

3. TEKS

Teks dalam grafik melibatkan jenis, saiz dan warna font yang sesuai untuk digunakan dalam grafik. Kandungan teks juga penting untuk memudahkan pemahaman seseorang terhadap grafik. Semua ini penting agar mesej dapat disampaikan dengan jelas dan baik.

4. KESESUAIAN

Elemen ini melibatkan grafik yang bersesuaian dengan latar iaitu latar tempat, latar masa, latar watak dalam gambar mahupun video. Setiap watak atau bahan dalam grafik perlu bersesuaian antara satu sama lain.

5. KESEIMBANGAN

Keseimbangan dalam grafik melibatkan ruang dalam gambar iaitu ruang kanan dan ruang kiri serta atas dan bawah. Seimbang juga diterima apabila grafik dilihat dapat disampaikan dengan baik.

Rujukan: Normaliza Abd Rahim (2019), Multimedia dalam Bahasa, Penerbit UPM, Serdang.




 


No comments:

Post a Comment

Place

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan senarai tugasan yang dilaksanakan sepanjang 14 minggu. 1. BIADOTA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4....