Thursday, April 8, 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT


link : https://youtu.be/-h5hlplln24 

kredit: Dewan Bahasa dan Pustaka 

Video ini merupakan perkongsian daripada Prof Dr Normaliza Abd Rahim mengenai “Celik bahasa isyarat”. Beliau berkongsi serba sedikit mengenai pengalaman beliau dalam mempelajari asas bahasa isyarat melalui medium atas talian iaitu aplikasi twitter. Beliau berkata bahawa beliau menggunakan bahasa isyarat dengan ahli keluarga meskipun anak-anaknya tidak memahami. Hal ini bertujuan untuk menggalakan anak-anaknya mempelajari bahasa isyarat. Menurut beliau, umur bukan satu penghalang untuk kita belajar asalkan kita mempunyai minat dan usaha. Tajuk yang dikupas oleh beliau ini sangat menarik dan membuka minda serta memberi kesedaran kepada kita akan pentingnya mempelajari bahasa isyarat. Hal ini dikatakan demikian kerana bahasa ini boleh digunakan untuk berkomunikasi dengan orang kelaianan upaya dan kita dapat memahami mereka. Bukan itu sahaja, bahasa isyarat juga boleh digunakan apabila mempunyai masalah suara ataupun ketika marah. Menurut beliau lagi, bahasa isyarat ini penting untuk dipelajari oleh generasi muda dan cara yang terbaik ialah menerapkan bahasa isyarat ini sebagai subjek elektif di peringkat Universiti dan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah rendah. Menurut beliau lagi, beliau telaj menjalankan pemerhatian dan eksperimen sosial di khalayak ramai. Hal ini bertujuan untuk melihat penerimaan orang ramai dan menarik minat mereka untuk mempelajari bahasa isyarat. Pengalaman yang beliau kongsikan sangat menarik dan membuka minda para pendengar.                               



Bukti kehadiran




No comments:

Post a Comment

Place

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

Berikut merupakan senarai tugasan yang dilaksanakan sepanjang 14 minggu. 1. BIADOTA DIRI 2. CERITA SOSIAL 1 3. PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4....